24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hilang sejak 16 Jun, Ali Imran ditemukan selamat

Ali dalam keadaan sihat meskipun agak keletihan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

REMAJA berusia 16 tahun, Ali Imran Naseruddin yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemukan dalam keadaan selamat, awal pagi tadi.

Ibunya, Wan Esuriyanti Wan Ahmad berkata, dia amat bersyukur kerana dipertemukan semula dengan anak lelakinya itu jam 4 pagi tadi.

“Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan kami, kesyukuran dan nikmat yang dianugerahkan.

“Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga dan rakan yang berterusan membantu dan menyokong untuk membawa Ali pulang,” katanya.

Wan Esuriyanti berkata, Ali dalam keadaan sihat meskipun agak keletihan.

“Terima kasih kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Nur Arfidah Mohamed dan pasukan di Bahagian Siasatan Jenayah IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Sepang atas segala usaha menjejaki Ali.

Advertisements

“Penghargaan khas kepada Koperal Nasir dan rakan setugas Konstabel Amir dari IPD Ampang Jaya yang menemui Ali sebelum menghubungi kami mengenai berita baik ini jam 3.26 pagi,” katanya lapor Metro Online.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan Ali dan memberi kata-kata semangat.

“Hanya Allah saja dapat membalas segala budi dan pertolongan yang dihulur. Harapan kami supaya tiada ibu bapa yang perlu mengharungi keadaan seperti ini ke atas anak-anak mereka.

“Namun, kami juga berharap supaya tiada anggapan buruk ke atas Ali. Bukan semua yang memahami, tetapi dia mempunyai sebab sendiri,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ali Imran yang juga pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4 disedari tiada di biliknya ketika mahu mengejutkan untuk bersiap ke sekolah jam 5.30 pagi pada 16 Jun lalu.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan