28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Padah bawa lari, rogol pelajar, lelaki dicekup

Pihak polis berjaya memberkas lelaki tempatan itu sekitar Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang nekad melarikan pelajar perempuan berusia 13 tahun dan merogol mangsa mengundang padah apabila dia dicekup polis semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, penahanan suspek berusia 39 tahun itu dibuat hasil laporan ibu mangsa mengenai kehilangan remaja tersebut di sekitar daerah Klang, Khamis lalu.

Menurutnya, wanita itu memaklumkan anaknya yang juga pelajar Tingkatan Satu menaiki sebuah kereta selepas tamat waktu sesi persekolahan.

“Pada 14 Jun lalu, mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek menerusi satu aplikasi sebelum mereka membuat temujanji di hadapan sekolah untuk melarikan diri.

“Suspek kemudian mengambil mangsa dengan sebuah kereta dan melakukan hubungan seks di sebuah bangunan rumah kedai di Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Hoong Fong lagi, suspek menghantar pelajar berkenaan ke Sentul, Kuala Lumpur kelmarin sebelum mangsa meminta bantuan rakan sekelas untuk mengambilnya pulang.

Menurutnya, pihak polis berjaya memberkas lelaki tempatan itu sekitar Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

“Suspek kini direman selama empat hari manakala telefon bimbit dan kenderaan digunakannya turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 san Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan