29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PICKids dibuka 5 hari bermula esok sempena minggu imunisasi

Ibu bapa boleh membawa anak mereka ke klinik kesihatan KKM bermula esok sehingga 24 Jun ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dibuka kembali selama lima hari bermula esok sehingga 24 Jun ini bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sempena Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pembukaan vaskinasi berkenaan adalah bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatkan vaksin Covid-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini.

Malah menurutnya, ia juga menunjukkan keprihatinan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas keselamatan kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin.

“Ibu bapa yang berhasrat mendapatkan vaksinasi ini bolehlah mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu di klinik-klinik kesihatan di bawah KKM bagi tempoh yang dinyatakan.

“Ibu bapa boleh membawa anak mereka ke klinik kesihatan KKM bermula 20 (esok) hingga 24 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Noor Azmi lagi, pemberian adalah berdasarkan kepada stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut dan sekiranya stok untuk hari tersebut habis, ibu bapa perlu membawa anak keesokkan harinya.

Menurutnya, ibu bapa yang baru mengetahui mengenai vaksinasi Covid-19 atau baru membuat keputusan membenarkan anak di vaksinasi digalakkan mengambil peluang ini.

“Bagi kanak-kanak yang akan mencapai umur 5 tahun, ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Untuk rekod, pada 16 Jun lalu, sambutan bertemakan “Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua”.

31 Mei lalu, PICKids yang memberikan vaksinasi secara percuma kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun berakhir.

Selepas tarikh berkenaan, kanak-kanak dalam lingkungan usia itu perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan di pasaran swasta secara berbayar.

Sepanjang PICKids berjalan, data oleh KKM memaklumkan Sarawak mencatatkan peratus tertinggi iaitu 87.4 peratus kanak-kanak yang mengambil suntikan vaksin, diikuti Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Labuan.

PICKids bermula pada 2 Februari 2022 dengan 33 peratus golongan itu lengkap divaksinasi hingga 30 Mei.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan