26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

FDAM kongsi kepakaran, kemahiran dengan PSA

Kedua-dua pihak menandatangani Sijil Kerjasama sempena Minggu TVET Negara 2022 baru-baru ini.

Mesti Baca

PERSATUAN Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menjalinkan kerjasama dengan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bagi berkongsi kepakaran, kemahiran dan peralatan dalam bidang teknologi multimedia bertujuan membangunkan video pengajaran dan pembelajaran (PdP) digital.

Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata, kerjasama ini turut berkongsi pengalaman berkaitan ilmu perfileman dan teknologi multimedia di lapangan kerja dalam menjalankan aktiviti penggambaran dan pembangunan industri kreatif.

“Usaha ini penting dalam meningkatkan peluang kerjaya kepada pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan memberi latihan berasaskan industri kreatif menggunakan fasiliti di kedua-dua institusi. Malah, ia juga berkongsi jaringan rangkaian media untuk tujuan mempromosikan aktiviti FDAM dan PSA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, satu perjanjian kolaborasi strategik iaitu Sijil Kerjasama atau Certificate of Collaboration (CoC) antara FDAM dengan PSA diadakan di PSA, Shah Alam, baru-baru ini. Hadir sama Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail.

“FDAM bersama PSA akan menawarkan kursus bagi memperkembangkan bakat pelajar dalam bidang berkaitan di bawah kelab kokurikulum selain memberi khidmat sebagai mentor dan penasihat jemputan kepada penilaian pelajar sekiranya diperlukan.

“PSA berkolaborasi sebagai Penganjur Bersama dalam aktiviti atau program yang berkaitan termasuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan mereka akan membantu mengendalikan program, seminar, simposium atau aktiviti yang berkaitan di dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Pada acara Minggu TVET Negara 2022 yang dianjurkan pada minggu lalu menyaksikan FDAM turut mengambil peluang terbabit dalam penganjuran yang diadakan secara besar-besaran itu.

“FDAM terbabit secara langsung dalam membuka reruai FDAM untuk pengunjung mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan FDAM dan industri perfileman termasuk membeli pelbagai cenderamata eksklusif FDAM seperti topi, baju T dan tanjak yang dijual di sana.

“Lebih menarik, FDAM membuka peluang kepada pengunjung untuk mendaftar sebagai ahli FDAM di mana mereka akan dibimbing menerusi bengkel pengarahan pada masa akan datang,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan