36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

ADUN Kukusan keluar Warisan sertai Parti Harapan Rakyat Sabah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ADUN Kukusan, Rina Jainal hari ini mencetuskan kejutan apabila mengumumkan keluar daripada Warisan bagi menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Menurut Rina walaupun berat hati untuk mengumumkan keputusan tersebut, namun tindakan tersebut harus dilakukan.

“Dengan berat hati, saya mengumumkan keluar daripada Warisan berkuat kuasa hari ini selepas lebih lima tahun berjuang di dalamnya bermula akar umbi sehingga ke peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Saya juga mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Naib Ketua Wirawati Sabah dan Ketua Wirawati Kalabakan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Rina turut menyatakan untuk menyertai PHRS berkuat kuasa hari ini bagi bersama-sama kepimpinan PHRS di bawah pimpinan Presiden, Tan Sri Liew Yun Fah untuk meneruskan perkhidmatan kepada rakyat.

Pada 18 Oktober tahun lalu, Rina antara yang disebut-sebut keluar daripada Warisan namun beliau menafikan khabar angin berkenaan.

Sebelum ini, lima wakil rakyat Warisan bertindak keluar parti iaitu Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik); Datuk Dr. Yusof Yaacob (Sindumin); Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi; Datuk Peter Anthony (Melalap) dan Datuk Nuil Juatim (Limbahau).

Selepas lima ADUN Warisan itu keluar parti, Warisan kini memiliki 18 kerusi DUN dan blok pembangkang tinggal 26 kerusi manakala blok kerajaan termasuk ADUN Bebas dan ADUN Dilantik mempunyai 52 kerusi.

Satu kerusi DUN masih kosong susulan penyandangnya Manis Muka Mohd. Darah meninggal dunia pada 17 November 2020. 

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan