29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Suami isteri terima rasuah RM600,000 direman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri dikenakan tahanan reman selama enam hari kerana didakwa telah meminta dan menerima rasuah lebih RM600,000.

Difahamkan, wang berkenaan adalah bagi kerja-kerja pelantikan syarikat pengangkutan untuk sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 10 Jun depan terhadap kedua-dua individu berusia 50-an dan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, pasangan tersebut telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediaman mereka yang terletak di Petaling Jaya kira-kira pukul 7 petang semalam.

“Suspek lelaki berusia 50-an yang berkhidmat sebagai eksekutif kanan di sebuah GLC disyaki telah meminta ‘habuan’ kira-kira RM20,000 sebulan sebagai balasan melantik sebuah syarikat pengangkutan bagi penghantaran produk berasaskan minyak ke seluruh negara untuk tempoh antara Julai 2019 hingga April 2022.

Advertisements

“Suspek wanita berusia 40-an yang merupakan isterinya pula dipercayai telah bersubahat untuk meminta dan menerima bagi pihak suaminya,” katanya hari ini.

Jelasnya, wanita tersebut juga dipercayai mempunyai kawalan ke atas kad debit milik syarikat pengangkutan terbabit di mana pemilik syarikat tersebut terlibat dalam urusan rasmi dengan suaminya.

“Suspek lelaki tersebut kini telah digantung tugas di syarikat GLC tempatnya bekerja,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan suami isteri tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan