33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Selisih faham, lelaki maut dilibas mesin potong rumput

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HANYA kerana perselisihan faham, seorang lelaki maut dilibas dengan mesin pemotong rumput oleh anak saudaranya sendiri di sebuah rumah di Sitiawan awal pagi tadi.

Mangsa berusia 51 tahun yang parah di bahagian kaki kiri meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung (HSM) Perak.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 4 pagi.

“Siasatan awal mempercayai mangsa yang dalam keadaan mabuk bergaduh dengan suspek yang berusia 34 tahun di hadapan rumah kerana perselisihan faham.

“Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang didakwanya memburukkan namanya dalam kalangan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Nor Omar lagi, kemuncak kepada pergaduhan itu suspek mengambil mesin pemotong rumput lalu melibas ke arah kaki kiri mangsa dan mengakibatkan kecederaan serius di bahagian tersebut.

Baca juga:   Sidang Parlimen bukan seperti khutbah Jumaat - Noh

Menurutnya, mangsa dibawa ke HSM dan semasa dalam perjalanan lelaki itu tidak sedarkan diri sebelum doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

Ujarnya lagi, semakan mendapati mangsa yang tidak bekerja mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Baca juga:   Saifuddin Nasution pun sahkan kehadiran saya, Shahar bidas Rayer

“Suspek pula yang bekerja sebagai mekanik motosikal juga mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

-EDISI9

Terkini

Agong perkenan lantikan lapan anggota Suhakam baharu

YANG di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik seramai lapan anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia...

Lagi Artikel Berkaitan