24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM umum empat inisiatif baharu sempena Hari Pekerja

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat inisiatif baharu sebagai pengiktirafan kepada golongan pekerja dalam menjana kemajuan negara.

Ketika menyampaikan amanat sempena Hari Pekerja hari ini, beliau berkat, kerajaan bersetuju meletakkan sasaran sekurang-kurangnya sejuta ahli Keluarga Malaysia yang bekerja sendiri mendapat perlindungan insurans di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

“Di bawah program ini, kerajaan akan menanggung sebanyak 80 peratus daripada jumlah yang perlu dicarum oleh individu terbabit,” kata Perdana Menteri.

Menurut beliau, kerajaan juga bersetuju mewajibkan penyediaan taska tempat kerja di setiap sektor awam kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun sebelum ia diperluaskan ke sektor swasta.

“Kerajaan menyediakan geran tahunan RM10 juta pada tahun 2019 dan RM30 juta sejak tahun 2020 bagi inisiatif ini yang akan memberi kelegaan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil,” katanya.

Dalam pada itu, kata Ismail Sabri, Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia melalui MyEzCover.com turut diperkenalkan.

“Ia adalah pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah, ditawarkan kepada penjawat awam sebelum diperluaskan kepada sektor swasta.

Advertisements

“Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perkeso dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA),” katanya.

Ismail Sabri juga menyifatkan gaji minimum RM1,500 yang berkuatkuasa hari ini sebagai hadiah kepada golongan pekerja atas dedikasi yang tanpa jemu dalam membangunkan ekonomi negara.

“Kerajaan yakin warga pekerja Keluarga Malaysia akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara,” katanya.

Sebelum itu Perdana Menteri berkata, tema Hari Pekerja kali ini mencerminkan aspirasi kesepaduan, kesepakatan dan jalinan kerjasama Keluarga Malaysia untuk sama-sama berganding bahu memulihkan ekonomi negara ketika pasca Covid-19.

Kata beliau, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan bagi memastikan Keluarga Malaysia dapat meneruskan kehidupan seperti Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).

“Di bawah PSU, sebanyak RM20.34 bilion telah disalurkan bagi membantu lebih daripada 350,000 majikan di seluruh negara.

“Inisiatif ini juga berjaya membantu mengekalkan seramai 2.95 juta pekerja dalam sektor pekerjaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan