29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Aliran trafik sesak 150 km menghala ke utara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ALIRAN trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan sesak sepanjang 150 kilometer (km) berikutan pertambahan kenderaan sejak pagi tadi.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, setakat pukul 1 tengah hari, keadaan trafik dari Slim River ke Sungkai merupakan antara laluan paling terjejas dan para pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Menurutnya, peningkatan aliran trafik itu juga adalah susulan pemberian tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia bersempena sambutan Aidilfitri seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lepas.

“Bagi laluan menghala ke selatan pula, kesesakan sepanjang 12 km dilaporkan berlaku dari Bandar Ainsdale ke Seremban dan di Putra Mahkota menuju ke Nilai keadaan trafik perlahan sejauh 8 km.

“Trafik di lain-lain kawasan menghala ke selatan masih lancar dan dalam keadaan terkawal kecuali dari Skudai menuju ke Senai Utara yang bergerak perlahan,” katanya.

Sementara itu, menerusi laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia setakat pukul 3 petang, trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak turut dilaporkan perlahan dan mengalami kesesakan sepanjang 21 km dari Gombak ke Genting Sempah.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan