26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MPV Alphard ‘road bully’ diburu polis miliki 56 saman lampau

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang memburu seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang didapati menjadi pembuli jalan raya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima satu laporan ke atas pemandu tersebut.

Menurut beliau, polis mengesan satu rakaman video berdurasi 2.25 minit di Facebook yang memaparkan sebuah Toyota Alphard berwarna putih yang dipandu secara berbahaya di lokasi kejadian.

“Dalam video berkenaan, MPV ini telah didapati cuba memotong Q menggunakan lorong kecemasan dan perbuatan ini telah dirakam menggunakan dashcam seorang pengguna lain.

“Pemandu MPV ini juga didapati telah menghalang laluan pengadu dengan melakukan brek secara mengejut dan menyerongkan kenderaannya dengan niat provokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Zainal lagi, hasil semakan saman ke atas MPV berkenaan juga mendapati pemandu tersebut mempunyai 56 saman lampau yang masih belum dijelaskan.

“Satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan polis.

“Polis juga meminta pemilik rakaman dashcam tampil ke IPD Gombak untuk memberi keterangan sebagai membantu siasatan kes tersebut.

Beliau menyeru orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil bagi membantu siasatan.

“Saksi juga boleh hubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan