25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja itu dianggap mengejutkan memandangkan rata-rata umat Islam di negara ini bersiap sedia untuk menyambut Aidilfitri pada Selasa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok Isnin, 2 Mei ini sepertimana diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Ahad.

Pengumuman tarikh Aidilfitri yang disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan itu dianggap mengejutkan memandangkan rata-rata umat Islam di Malaysia bersiap sedia untuk menyambut kedatangan hari mulia itu pada Selasa, 3 Mei.

Umat Islam di seluruh negara mula menyambut 1 Ramadan pada 3 April lalu.

Isu penetapan 1 Syawal menjadi polemik sama ada akan melaksanakan puasa selama 29 atau 30 hari merupakan isu yang berulang hampir setiap tahun dan tahun ini, ia berlaku lagi.

Berdasarkan pengiraan astronomi terkini, sememangnya anak bulan 1 Syawal semestinya kelihatan pada hari Isnin, 2 Mei 2022 pada waktu maghrib di ufuk barat.

Ini kerana, menurut pengiraan astronomi, anak bulan itu akan berada pada ketinggian 6 darjah pada pukul 7.27 malam di Semenanjung Malaysia, iaitu pada hari itu, matahari terbenam lebih awal dari bulan cukup lama membolehkan anak bulan berada cukup tinggi di atas ufuk.

Arab Saudi dan kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.

Advertisements

Dalam satu kenyataan, Istana Diraja Saudi berkata anak bulan Syawal, bulan ke-10 dalam kalendar Islam, tidak kelihatan pada Sabtu (30 April).

“Oleh itu, Ahad, 1 Mei akan menjadi hari terakhir Ramadan dan Aidilfitri akan disambut pada Isnin, 2 Mei,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Pihak berkuasa agama di Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain dan Yaman turut mengumumkan Aidilfitri pada Isnin.

Hari Raya Aidilfitri juga akan disambut pada Isnin di Mesir, Sudan, Libya, Lubnan, Syria dan Palestin.

Umat Islam Sunni di Iraq juga akan menyambut permulaan Aidilfitri pada hari yang sama.

Sementara itu, kumpulan Syiah di Oman, Jordan dan Iraq akan melihat anak bulan Syawal pada Ahad untuk menentukan permulaan Aidilfitri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan