24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemilihan PKR: Hans Isaac, Altimet kecundang

Afdlin Shauki turut kecundang kepada Nik Nazmi dalam pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERCUBAAN sulung dua artis tempatan, Hans Isaac dan Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet di pentas politik tanah air gagal apabila kedua-dua mereka tewas dalam Pemilihan PKR 2022.

Berdasarkan laman web rasmi Pemilihan Keadilan 2022, kedua-dua selebriti itu tewas dalam persaingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.

Hans memperoleh 609 manakal Altimet mendapat 589 undi, gagal menyaingi seorang lagi calon, Daing Muhammad Reduan Bachok yang memperoleh 942 undi.

Pemilihan PKR kali ini turut menyaksikan keputusan mengejut apabila Ketua Penerangan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tewas kepada pencabarnya, Mohd Rafee Ibrahim bagi merebut kerusi Ketua Cabang Hang Tuah Jaya.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sekali lagi tewas dalam pemilihan kali ini bagi jawatan Ketua Cabang Sungai Petani yang dimenangi oleh Ooi Tze Min.

Sementara itu, Rafizi Ramli yang juga calon Timbalan Presiden PKR berjaya mempertahankan jawatan Ketua Cabang Pandan mengatasi dua pencabar iaitu Mohamad Rashidi Hassan dan Adnan Jaaffar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga mempertahankan jawatan Ketua Cabang Gombak apabila menyingkirkan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Advertisements

Farshash Wafa adalah bekas Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Negeri Sembilan, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang julung kali bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Port Dickson menewaskan Ravi Munusamy dan Sevalingam Birasami.

Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Cabang Tampin sejak 2018 dan Naib Ketua Cabang Seremban sebelum itu.

Sementara itu, percubaan pertama Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik bertanding Ketua Cabang kawasan parlimen berkenaan membuahkan hasil apabila menewaskan pencabarnya Faizul Abdul Ghani.

Dalam pada itu, pelakon, penerbit dan pengarah Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan ketua bahagian PKR Setiawangsa.

Bahagian itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan