27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pelakon veteran, Aripah Damanhuri meninggal dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKON veteran, Aripah Damanhuri, 73, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 8.15 pagi tadi.

Anak Allahyarhamah, Nurpais Ismail, 42, berkata, ibunya tidak sedarkan diri secara tiba-tiba setelah disahkan doktor jantungnya sudah tidak berfungsi.

“Semalam, emak masih sedar, cuma tidak boleh bercakap kerana menggunakan trakeostomi bagi membantu bernafas,” katanya hari ini.

Nurpais berkata, ibunya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta diberikan suntikan untuk menguatkan jantung selepas tiga hari tidak sedarkan diri.

Jenazah Allahyarhamah Aripah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Taman Batu Muda, namun keluarga belum dapat memastikan waktu pengebumian.

“Kami masih menunggu jabatan forensik HKL menguruskan jenazah emak,” katanya. 

Pada 23 April lalu, Allahyarhamah Aripah dimasukkan ke HKL akibat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa ditidurkan.

Difahamkan, sebelum ini keadaan pelakon veteran itu semakin baik dan dipindahkan ke wad biasa.

Allahyarham Aripah yang juga kakak kepada aktres Normah Damanhuri, bergiat aktif dalam dunia lakonan sejak 1980.

Allahyarham pernah membintangi dua filem antaranya Senario XX dan 8 jam.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan