26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran rumah di Saratok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Haji Puteh Alias, Saratok, Sarawak malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.18 malam itu, empat penghuni lain rumah tersebut mengalami kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kanak-kanak dikenali sebagai Aleeya Mat Ali berusia 12 tahun ditemukan rentung dalam ruangan bilik tidur rumah dua tingkat berkenaan.

Komander Operasi Kho Boo Jang memaklumkan kebakaran telah memusnahkan sepenuhnya rumah tersebut.

“Sebelum kejadian, mangsa berada di bilik tidur tingkat atas manakala nenek, sepupu dan ibu saudaranya berada di tingkat bawah.

Advertisements

“Bapa mangsa pula keluar membeli barang keperluan kerana bekalan elektrik rumah itu terputus,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan