24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

TMJ kongsi detik manis JDT lakar sejarah Liga Juara-Juara AFC

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsikan 12 detik manis serta mengujakan sempena detik bersejarah buat Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menang secara dramatik ke atas Ulsan Hyundai dalam Liga Juara-Juara AFC, malam tadi.

Sehingga pukul 8 pagi ini, perlawanan yang berlangsung petang semalam yang dikongsikan TMJ telah mendapat 28,000 reaksi serta pelbagai komen dari warganet yang meluahkan keterujaan mereka apabila satu-satunya kelab pertama dari Malaysia yang berjaya mara ke pusingan kalah mati liga berkenaan.

“Alhamdulilah,” kongsi TMJ ringkas namun penuh pengertian dalam satu hantaran dalam Facebook, malam tadi.

Kemenangan 2-1 ke atas Ulsan ini membawa JDT menjadi juara kumpulan dan membantu Malaysia menduduki ranking ke 10 terbaik Asia dalam AFC Club Competition Ranking.

Terdahulu, sempena detik kemenangan petang semalam, keputusan perlawanan akhir peringkat Kumpulan I menyaksikan skuad Benjamin Mora menamatkan saingan sebagai pendahulu kumpulan untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Jaringan gol sendiri pemain Ulsan Hyundai, Pang Yong Woo pada sentuhan akhir perlawanan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya meraih tiga mata berharga.

Bergson Da Silva terus memanaskan pasukan lawan menerusi gerakan lincahnya dan berjaya memenangi sepakan bebas buat Harimau Selatan di kedudukan yang strategik.

Advertisements

Leandro Velázquez yang ditugaskan mengambil sepakan percuma itu berjaya lakukan tugas itu dengan sempurna setelah sepakannya melepasi benteng seterusnya menewaskan penjaga gol kebangsaan Korea Selatan, Jo Hyeon-woo pada minit kelima.

Kegembiraan kem Harimau Selatan dengan jaringan itu tidak bertahan lama apabila skuad kendalian Hong Myung Bo berjaya mengikat kedudukan 60 saat kemudian.

Kegagalan Mathew Davies mengeluarkan bola dari zon bahaya memberi ruang kepada Lee Myung Jae memintas sepakan itu lalu mengumpan bola kepada Jun Amano yang merembat deras menewaskan Farizal Marlias pada minit keenam.

JDT hampir mencipta jaringan hasil percubaan pemain gantian iaitu Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah namun tidak berjaya menghasilkan gol.

Ketika JDT dilihat sudah hampir tersungkur di peringkat kumpulan, serangan terakhir pasukan tuan rumah menerusi hantaran ke Arif Aiman ke dalam kotak penalti dikuis masuk Yong Woo untuk meraih kemenangan penting dalam sejarah kelab itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan