33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Hantaran ‘lucu’ IPD puji orang Kemaman bantu tangkap ‘tokan’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAMPIL dengan hantaran media sosial secara bersahaja dan menghiburkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman memuji tindakan orang awam yang turut sama membantu pihak polis dalam menangkap ‘tokan’ dadah.

Bagaimanapun, tiada butiran lokasi serta masa yang tepat bagi operasi menangkap tokan dadah tersebut.

“Salam ukhwah Kemaman. Mana mau lari… kan dah kene rembat. Terima kasih orang Kemaman bantu pihak PDRM dalam operasi tersebut. Orang Kemaman bukan kaleng-kaleng bos. Hati tadak (tidak) gentar punya… Abam salute (abang sanjung) orang Kemaman.

“Kepada sesiapa yang ada maklumat jerung-jerung kurang adab yang cuba nak masuk Kemaman, boleh salurkan maklumat kepada kami untuk tindakan casting (operasi) supaya dapat ditangkap untuk diletakkan dalam ice box (penjara).

“Kita bagi dia sejuk untuk merenung kesilapannya dan kembali ke pangkal jalan,” kongsi hantaran berkenaan hari ini.

Baca juga:   Antivaksin di Melaka 'kantoi' beli sijil vaksinasi
Antara individu dipercayaai pengedar dadah yang berjaya ditangkap hasil kerjasama orang awam di Kemaman, Terengganu. Turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Saga dan pelbagai jenis dadah. – Sumber: FB IPD Kemaman

Dalam hantaran yang sama turut dikongsikan dua video berdurasi enam saat dan 24 saat memaparkan rakaman detik-detik polis dan orang awam mengekori sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang disyaki dipandu tokan dadah.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi tersebut, sekurang-kurangnya 10 individu ditangkap dan pelbagai jenis dadah berjaya dirampas.

Hantaran tersebut berjaya menarik perhatian warganet yang memuji kerjasama antara polis dan masyarakat dalam membendung masalah jenayah setempat.

Menurut pengguna Facebook dengan akaun bernama Hatimin Ttr, beliau mengucapkan tahniah di atas kejayaan menangkap tokan tersebut.

Baca juga:   Pengawal keselamatan songsang dicekup cuba liwat pelajar lelaki

“Alhamdulilah terbaik dan tahniah atas kejayaan. Polis dan masyarakat berpisah tiada,” kongsinya.

“Kemas PDRM Kemaman. Gerak kerja disokong orang ramai,” kongsi pengguna Facebook, Ariss bin Alias.

-EDISI9

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan