29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Ikut Mazhab Syafie, Khuzairi boleh kahwini Nurul – PU Azman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DRAMA ‘berhantu’ 7 Hari Mencintaiku musim ketiga (7HMCK3) menghampiri kemuncak pada minggu ini.

Drama tersebut antara yang paling popular dan hangat diperkatakan warganet.

Konflik bertalu-talu melanda keluarga Mak Leha lakonan Liza Abdullah dan Pak Samad (Kazar) sehingga memunculkan perdebatan antara warganet mengenai jalan cerita yang dikatakan melanggar hukum-hakam agama.

Perkara tersebut tercetus apabila Khuzairi (lakonan Shukri Yahaya) membuat keputusan menjadi ‘pak sanggup’ untuk mengahwini Nurul (Wafariena) yang didakwa hamil anak Pak Samad.

Disebabkan hal tersebut, warganet mula berbalah dan sangsi sama ada si anak dibenarkan berkahwin dengan wanita hamil anak luar nikah yang sepatutnya menjadi ibu tirinya.

“Tidak terfikir ke kalau Khuzairi kahwin dengan Nurul, anak yang dikandung itu secara teknikalnya ialah adik dia?” soal warganet.

Menjawab persoalan ramai, pendakwah bebas popular, Azman Shah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman yang turut membintangi drama berkenaan berkata, ‘pernikahan antara Khuzairi dan Nurul adalah sah’.

“Seandainya Khuzairi mengahwini Nurul yang hamil anak luar nikah Pak Samad, pernikahan mereka adalah sah di sisi Mazhab Syafie.

“Perkara ini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Saya cuma menjelaskan mengikut Mazhab Syafie sahaja seperti yang dinyatakan dalam surah An-Nisa’ ayat 24.

“Apa yang penting ialah jangan ‘caras’ Fatin (Reen Rahim),” katanya dalam satu video TikTok.

PU Azman membawa watak Taufiq iaitu bekas suami Fatin. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan