30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PU Azman didakwa lagi, lakukan amang seksual

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS dituduh di tiga mahkamah berasingan di Seremban, Klang dan Ampang bagi 10 pertuduhan berkaitan jenayah seksual, pendakwah selebriti Azman Syah Alias hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, Azman Syah, 41, atau lebih dikenali sebagai PU Azman membuat pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di sebuah inap desa di Jalan Kebun, pada September 2017.

Pertuduhan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali memohon agar tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan, tertuduh dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan.

Peguam Fahmi Adilah yang mewakili Azman Syah memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan kes berlangsung.

Advertisements

“Sebelum ini tertuduh adalah penceramah bebas dan selepas siasatan kes berjalan, anak guam saya tidak lagi dipanggil memberi ceramah yang menyebabkan pendapatannya terjejas.

“Anak guam saya juga telah dituduh di Mahkamah Seremban, Klang dan Ampang atas kes serupa, jaminan dikenakan RM40,000 (Seremban), RM24,000 (Klang) dan RM10,000 (Ampang).

“Dia terpaksa menggunakan wang simpanan dan meminjam daripada keluarga serta rakan-rakan bagi membayar jaminan tersebut,” kata peguam.

Hakim Rasyihah Ghazali kemudiannya membenarkan Azman Syah diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta tidak mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan sebutan kes dan serahan dokumen pada 30 Jan depan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan