Thursday, July 23, 2026

Cukai taksiran kediaman di Putrajaya dikurangkan 30% – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju memberikan potongan cukai taksiran sebanyak 30 peratus bagi semua kediaman di Putrajaya yang berharga bawah RM300,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia susulan rungutan penduduk di Putrajaya mengenai cukai yang dikenakan agak tinggi berbanding kawasan lain.

Menurut beliau, pengurangan berkenaan akan mula berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun hadapan.

“Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

“Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib, saya bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300,000 akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Anwar lagi, pemotongan tersebut adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutama golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.

Menurut beliau, potongan sebanyak 30 peratus itu diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini yang melibatkan hampir 8,500 unit kediaman.

“Pengurangan cukai taksiran akan mula berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan