24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

3 kakitangan hospital dipenjara sehari, rasuah urus jenazah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA pembantu perawatan kesihatan di Hospital Kajang, Selangor, dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda antara RM3,000 hingga RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, selepas mengaku bersalah menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Ketiga-tiga tertuduh iaitu Mohd Nizam Noordin dan Sharum Hassim, masing-masing berusia 42 tahun serta Muhd Azhar Nahar, 45, membuat pengakuan berkenaan ke atas pertuduhan pilihan sebaik dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu menjalani hukuman penjara berkenaan bermula hari ini, selain hukuman penjara tambahan enam bulan lagi jika gagal membayar denda yang ditetapkan.

Mengikut pertuduhan pilihan, Mohd Nizam, Sharum dan Muhd Azhar, bertugas sebagai pembantu perawatan kesihatan di Unit Forensik Hospital Kajang, masing-masing menerima wang antara RM300 hingga RM600 daripada seorang lelaki berusia 34 tahun.

Tiga tertuduh itu didakwa menerima wang berkenaan melalui akaun masing-masing tanpa sebarang balasan daripada lelaki terbabit yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasmi mereka, iaitu bagi kerja-kerja pengurusan jenazah.

Advertisements

Sharum didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah, manakala Azhar di Maybank Cawangan Kajang, Hulu Langat, dekat sini dan Nizam pula dituduh melakukan kesalahan itu di Bank Islam Cawangan Kajang, Hulu Langat.

Mereka melakukan kesalahan itu antara 21 Mei hingga 9 Dis 2020, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Aliff Shaharuzaman, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Mohd Fikah Sanusi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan