25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Bekas diplomat ditahan, tanam dan miliki pokok ganja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk selepas disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja membabitkan hampir 100 batang pokok terlarang itu di Janda Baik, Pahang.

Menurut sumber, kejayaan itu adalah hasil usaha dilakukan pihak Balai Polis Bukit Tinggi dan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui operasi Ops Tapis dilakukan terhadap kediaman suspek di Janda Baik.

Memetik laporan Harian Metro, kes itu dianggap rampasan pokok ganja terbesar dalam sejarah narkotik negara berikutan sebelum ini kebanyakan rampasan hanya membabitkan pokok ganja yang ditanam dalam pasu sahaja.

“Serbuan dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sekitar pukul 6 petang kelmarin.

“Difahamkan polis bertindak menahan lelaki warga emas terbabit sebelum menemui deretan beberapa batas tanah yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja.

Advertisements

“Turut ditemui deretan pokok ganja yang di tanam di sekeliling kediaman itu. Pemeriksaan lanjut polis menemui bekas berisi cecair dipercayai minyak ganja selain daun ganja yang sudah dikeringkan.

“Suspek dipercayai menanam pokok ganja itu secara serius susulan penemuan bekas plastik semaian di lokasi diserbu,” katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat bagaimana suspek memperoleh benih pokok ganja itu dan tujuan ia ditanam secara besar-besaran.

Buat masa ini suspek sudah mendapat perintah untuk tahanan reman sehingga 28 Mei ini.

Difaham suspek yang pernah berkhidmat di kedutaan Malaysia di Asia Tenggara dan Timur Tengah akan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan