28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

SPRM dedah wujud penyelewengan perolehan perkhidmatan kesihatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan wujudnya aktiviti penyelewengan rasuah membabitkan perolehan perkhidmatan kesihatan.

Perkara itu bagaimanapun kata, Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki, tidak dihebahkan kepada umum, namun pihaknya telah melakukan siasatan lanjut mengenainya.

Beliau berkata, siasatan yang dilakukan antaranya membabitkan salah guna kuasa dalam agihan bantuan dan pakej rangsangan ekonomi.

“Siasatan turut dilakukan membabitkan penipuan berkaitan peralatan perlindungan perubatan yang dipalsukan (topeng muka, sarung tangan dan lain-lain) dari segi kuantiti dan kualiti peralatan perubatan yang lebih rendah.

“Kami turut menyiasat aktiviti rasuah membabitkan pegawai penguat kuasa dalam barisan pasukan penguat kuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada pada Forum Antirasuah Malaysia ke-3 (MACF), hari ini, lapor Utusan.

Advertisements

Katanya, ia sesuatu yang menyedihkan kerana dalam keadaan kecemasan dan pandemik masih ada perolehan dan pembelian peralatan perubatan yang terpalit dengan rasuah.

Azam berkata, ia menunjukkan ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mendapatkan wang haram daripada kesakitan dan penderitaan orang lain.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa anggota penguatkuasa SPRM terus bekerja sepanjang masa bagi memastikannya rasuah disemak dengan baik di negara ini,” katanya.

Katanya, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM telah melaksanakan dua kertas nasihat untuk mengkaji sebarang percanggahan dalam sistem perolehan kecemasan yang berkaitan dengan langkah pencegahan COVID-19.

Jelasnya lagi, kajian itu membabitkan prosedur dan dasar membabitkan peruntukan perkhidmatan perubatan dan peralatan perlindungan, topeng muka, sarung tangan dan ventilator merentasi sektor awam di seluruh negara.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan