34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sudah 49 tahun P. Ramlee tinggalkan kita

Sempena ulang tahun pemergian Allahyarham Seniman Agong pada hari ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HARI ini, 49 tahun lalu, Seniman Agung Tan Sri Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pada Selasa pukul 5.30 pagi akibat serangan jantung pada usia 44 tahun.

Mengenai pemergian seniman tersohor itu, Arkib Negara Malaysia mengimbau kenangan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Mengikut catatan Arkib Negara, jenazah P. Ramlee dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Allahyarham dilahirkan pada 22 Mac 1929 bersamaan 1 Syawal 1347 Hijrah di Pulau Pinang dan anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan Che Mah Hussein.

“Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan ‘Ramlee’ kerana kesukaran memanggil nama ‘Teuku Zakaria’.

“Allahyarham mula menceburkan diri dalam dunia perfileman pada tahun 1948. Allahyarham terkenal sebagai penyanyi, penggubah lagu, penulis skrip, pelakon dan juga pengarah filem.

“Semasa hayatnya Allahyarham telah berlakon dalam lebih 200 filem, mengarah lebih 40 buah filem dan telah menggubah lebih 1,000 lagu yang menjadi kesukaan ramai,” kongsinya.

Menurut hantaran itu lagi, bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

Pada 29 Mei 2008, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim mengumumkan 29 Mei sebagai Hari Seniman sempena pemergian Allahyarham iaitu pada 29 Mei 1973.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan