27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Permohonan kekerapan penerbangan dipertimbang – Ka Siong

Merungkai lonjakan harga tiket dan menampung permintaan menjelang perayaan Aidilfitri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersedia mempertimbangkan permohonan syarikat untuk menambah kekerapan penerbangan domestik dan pengoperasian perkhidmatan kawalan trafik udara.

Ini kerana, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, usaha terbabit berupaya merungkai isu lonjakan harga tiket penerbangan selain kesediaan tiga pihak berkuasa ke arah melanjutkan waktu operasi lapangan terbang pada Aidilfitri dan perayaan akan datang.

Beliau berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat khas membabitkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat penerbangan domestik, petang semalam.

“Ia bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani masalah dan keluhan rakyat, susulan harga tiket kapal terbang yang didakwa ‘melambung’ mencecah berlipat kali ganda berbanding sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ka Siong berkata, dalam mesyuarat itu, beliau meminta MAVCOM dan syarikat penerbangan segera menjalankan siasatan secara terperinci serta menyeluruh mengenai isu kenaikan harga tambang penerbangan pada musim perayaan ini.

“Hasilnya, pihak MAVCOM, CAAM dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bersedia untuk mempertimbang dan meluluskan permohonan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan, pengoperasian perkhidmatan kawalan trafik udara serta melanjutkan waktu operasi lapangan terbang pada musim perayaan ini dan akan datang.

“CAAM juga meluluskan perlanjutan waktu pengoperasian perkhidmatan kawalan trafik udara di lapangan terbang yang diperlukan, sekali gus bakal membantu syarikat penerbangan dalam perancangan penambahan kapasiti terutama menjelang musim perayaan.

“Kami komited dan akan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan tambang penerbangan bagi meringankan beban ditanggung oleh rakyat.

“Justeru kementerian melalui MAVCOM akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai hasil perbincangan dengan semua syarikat penerbangan dalam tempoh terdekat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan