32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 2, 2022

Keputusan MKT bukti UMNO utamakan kepentingan rakyat

UMNO kini telah banyak berubah dan bukan lagi sebuah parti yang retorik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ Perdana Menteri membuktikan parti itu lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding perebutan kuasa dalaman.

Sehubungan itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin amat bangga dengan jiwa besar Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden,Datuk Seri Mohamad Hasan yang meletakkan kepentingan parti demi kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-15.

“Ini adalah tanda pemimpin UMNO amat fokus kepada agenda dalam membela rakyat, meneruskan pengukuhan ekonomi negara dan menunjukkan bukti bahawa pemimpin atasan parti sebenarnya sentiasa membuat sesuatu keputusan dalam semangat kesetiakawanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muqharabbin berkata, walaupun ada pihak-pihak yang sentiasa mengambil peluang memporak-perandakan dan mengadu domba agar UMNO dilihat bercakaran, namun hakikat sebenar telahpun dibuktikan.

“Sebagai pemimpin muda dalam parti, saya anggap teladan yang mereka tunjukkan, harus saya contohi termasuklah semua pemimpin yang masih memegang jawatan di bahagian masing-masing,” katanya.

Baca juga:   Bung Moktar tidak layak ketuai jentera PRN Sabah - Rahman

Beliau berkata, PRU 15 akan menentukan nasib parti dan rakyat.

“Jadi, apa jua perselisihan dan juga permasalahan parti, harus kita ketepikan demi kejayaan UMNO dan Barisan Nasional.

“Bila ditanya bilakah masa yang paling sesuai untuk diadakan PRU, saya rasakan Perdana Menteri lebih bijak dan tahu bila masa dan waktu pembangkang sedang lemah dan kucar kacir.

Baca juga:   PdPR perlu terus dilaksanakan - Dr Radzi

“Itulah masa yang amat tepat. Mereka hanya bergabung demi kuasa, tapi lepas menang, hanya membalas dendam tanpa mempedulikan nasib rakyat.

“Jangan lagi berikan mereka masa dan ruang mengatur strategi dengan menyebar fitnah dan menanam kebencian ‘palsu’ kepada rakyat untuk merosak UMNO,”katanya.

Justeru, Muqharabbin yang juga Ketua Pemuda Lembah Pantai mengajak seluruh kepimpinan termasuk akar umbi UMNO mengambil iktibar PRU 14 yang lalu.

“Apapun, semangat ukhwah MKT UMNO kini, jelas menunjukkan, kepimpinan UMNO dan jentera-jentera negeri dan bahagian, bersiap sedia bila-bila masa untuk menghadapi PRU 15.

“Dengan perubahan drastik yang berani dilakukan oleh kepimpinan atasan dengan memberi ruang kepada calon-calon yang berwibawa, disenangi, dan diterima oleh semua lapisan masyarakat, ia petanda jelas, UMNO kini telah banyak berubah dan bukan lagi sebuah parti yang retorik,”katanya.

Katanya, buat rakyat Malaysia, berikanlah mandat dan kemenangan besar kepada BN semula agar negara ini kembali menjadi sebuah negara yang stabil, makmur, diyakini pelabur dan akhirnya rakyat juga yang akan mendapat manfaat melalui kestabilan politik.- Edisi 9

Baca juga:   Pemberian vaksin: Klinik perubatan swasta merasa dianaktirikan?

Terkini

Tidak wujud dua kem dalam UMNO – Ismail Sabri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujudnya ‘dua kem’ dalam UMNO ketika ini seperti yang didakwa sesetengah...

Lagi Artikel Berkaitan