29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tiada rakyat Malaysia terkesan dua insiden di Mesir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA rakyat Malaysia terkesan akibat insiden letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Mesir awal pagi Khamis dan kemalangan ngeri yang membabitkan sebuah bas pelancong dekat Sungai Nil kelmarin.

Wisma Putra menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihak Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah bagaimanapun berhubung rapat dengan rakyat negara ini.

“Terutamanya para pelajar yang menginap di sekitar Nasr City.

“Rakyat Malaysia di Mesir dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri masing-masing terutama di kawasan berisiko tinggi,” jelas Wisma Putra.

Terdahulu, media Mesir melaporkan letupan dahsyat itu berlaku berhampiran sebuah kelab bola sepak terkenal domestik, Al-Ahly pukul 11 malam waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).

Advertisements

Setakat ini, tiada angka kematian atau kecederaan direkodkan pihak berkuasa negara tersebut ekoran kejadian itu yang mengakibatkan kebakaran besar di kawasan insiden berkenaan.

Sementara itu, kes nahas bas yang dilanggar oleh sebuah trak dilaporkan terjadi berdekatan Aswan ketika ia dalam perjalanan ke kuil popular Abu Simbel yang mengorbankan 10 mangsa.

Ini termasuk empat pelancong Perancis dan seorang warga Belgium manakala 14 lagi mangsa mengalami kecederaan teruk akibat melecur selepas bas tersebut langsung hangus terbakar.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular di Mesir diminta agar segera menghubungi Kedutaan Besar Malaysia yang beralamat di No.21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, Kaherah.

Canseri diplomatik berkenaan turut boleh dihubungi untuk pertolongan kecemasan menerusi talian terus +201200276388 atau pun e-mel rasmi kedutaan iaitu [email protected]

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan