25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Beri mesej UMNO capai tahap solidariti luar biasa kukuh

Mesti Baca

KEPUTUSAN Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebulat suara memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) memberi mesej bahawa parti itu sudah mencapai tahap solidariti yang luar biasa kukuh.

Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengesahan padu MKT UMNO itu sekaligus memberikan ruang yang cukup luas kepada Ismail Sabri untuk menyusun dan merencanakan agenda memenangi hati dan minda rakyat dalam masa terdekat.

Beliau berkata, keputusan itu juga membolehkan Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri menyusun dan memperkemaskan mengikhtiarkan reformasi dan transformasi politik secara menyeluruh.

“Keputusan ini memberikan mesej dan petanda jelas bahawa UMNO sudah mencapai ‘tahap solidariti’ yang luar biasa kukuh untuk berdepan cabaran PRU-15,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini.

Dalam mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini, parti itu sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15.

Reezal berkata, keputusan tersebut pastinya akan mewujudkan elemen kestabilan bukan sahaja kepada imej parti malahan memperkukuh perspektif luar kepada masa hadapan politik Malaysia.

“Mewakili seluruh ahli UMNO Bahagian Kepala Batas, kebijaksanaan muafakat yang dicapai oleh pimpinan tertinggi ini merupakan azimat penting untuk UMNO memperoleh mandat penuh rakyat menjelang PRU-15 akan datang,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan