25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Suami isteri ditahan, dalang pemalsuan kad pengenalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri ditahan di sebuah restoran di Taman Dato Harun, dekat sini, semalam, kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan sindiket pemalsuan dokumen termasuk kad pengenalan.

Kedua-dua suspek berusia 58 tahun itu ditahan pukul 9 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Azman Ali berkata, penangkapan suami isteri itu hasil maklumat berhubung sindiket pemalsuan kad pengenalan, sijil kelahiran, geran kenderaan dan lain-lain dokumen yang bergiat aktif di sekitar Selangor.

Katanya, semasa tangkapan kedua-dua suspek itu menemui dan merampas antaranya dua keping kad pengenalan dan masing-masing sekeping kad pemastautin tetap serta sijil kelahiran warganegara Malaysia yang palsu.

“Soal-siasat membawa serbuan ke sebuah rumah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur dengan merampas 59 keping cukai jalan kenderaan kosong, geran kenderaan (VOC) bercetak pelbagai nombor kenderaan (19), sijil kelahiran pelbagai nama (8) dan sebungkus kertas sticker.

“Turut dirampas adalah masing-masing satu set komputer riba, mesin pencetak dan modem,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, hasil semakan lanjut, polis mendapati suspek lelaki warga tempatan itu mempunyai satu rekod jenayah lampau iaitu kesalahan dibawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Pemalsuan).

Azman menambah, suami isteri itu telah direman bermula hari ini hingga 25 April depan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukiman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan denda, sekiranya disabitkan kesalahan,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Kolam selam tempur siap Jun, kalau tidak JKR jawab – MB

KOLAM selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan