ASET pertahanan maritim Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Mahawangsa, KD Lekiu, serta aset sokongan iaitu Fast Combat Boat TLDM menjayakan latihan Perang Pangkor siri 17/22 yang berlangsung di perairan Selat Melaka semalam.
Menerusi latihan berkala oleh warga TLDM di Armada Barat tersebut membuktikan tahap kompentesi kesiapsiagaan yang melibatkan aset pertahanan maritim.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, pelbagai siri latihan telah berjaya dilaksanakan merangkumi aspek latihan navigasi, komunikasi, serta peperangan maritim.
“Warga TLDM juga telah mempamerkan tahap kecekapan dalam setiap evolusi yang dilaksanakan.
“Latihan berkala ini juga dilihat dapat mengukuhkan kemahiran dan kesiapsiagaan warga TLDM dan aset-aset di zon maritim Semenanjung Malaysia,” katanya.

ASET pertahanan maritim Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjayakan latihan Perang Pangkor siri 17/22 yang berlangsung di perairan Selat Melaka semalam.
Menurutnya, latihan perang Pangkor ini juga adalah merupakan salah satu langkah tindakan show of force di perairan Selat Melaka bagi memperagakan aset pertahanan maritim secara berterusan.
“Dalam masa sama, ia secara tidak langsung memberi impak positif kepasa komuniti maritim dalam meningkatkan keyakinan terhadap kemampuan dan komitmen TLDM amnya dan Armada Barat khasnya bagi mengekalkan kestabilan dan tahap keselamatan perairan negara,” katanya. -Edisi 9

