24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Raja Zarith murka ada individu salah guna kurniaan istana

Hadiah kurniaan kepada pegawai kanan kerajaan negeri tetapi disalahgunakan tujuan meraih populariti dalam media sosial

Mesti Baca

PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menzahirkan rasa murka apabila ada individu menjadikan hadiah kurniaan Istana Johor bagi meraih populariti dalam media sosial.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat bagi menyiasat sama ada wujud elemen salah guna ataupun menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor.

Raja Zarith Sofiah bertitah, baginda tidak mengenali pemilik akaun TikTok ‘shafeqyahya’ tersebut yang menayangkan beberapa barangan yang biasanya dikurniakan kepada sesetengah pegawai kanan kerajaan negeri.

“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor sebagai penghargaan ikhlas atas perkhidmatan mereka.

“Saya tidak mengenali siapa ‘shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah-hadiah itu disalah gunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan Keluarga Diraja Johor,” titah baginda seperti dilapor Royal Press Office (RPO) hari ini.

Baginda merujuk kepada akaun “shafeqyahya” dalam TikTok yang telah menayang beberapa hadiah kurniaan daripada Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Advertisements

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi menerusi Facebook RPO, antara hadiah kurniaan yang ditayang oleh ‘syafeqyahya’ itu ialah butang baju, pen dan tasbih serta beberapa barangan bernilai lain.

Malah keterangan gambar yang diberikan seolah-olah pemilik akaun tersebut menerima sendiri hadiah kurniaan daripada pihak Istana Johor.

Edisi 9 cuba menjejak ‘syafeqyahya’ menerusi TikTok tetapi mendapati akaun tersebut telah dijadikan private.

Manakala seorang warganet memaklumkan pemilik akaun tersebut sudah memadamkan video berkenaan.

Akaun TikTok ‘syafeqyahya’ mempunyai 10,000 pengikut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan