34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KKM longgarkan SOP, benarkan takbir raya rumah ke rumah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19 termasuk membenarkan aktiviti takbir Aidilfitri dari rumah ke rumah di seluruh negara mulai 1 Mei.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kelonggaran berkenaan bagaimanapun tidak diberikan kepada individu yang disahkan positif Covid-19, manakala bagi individu yang bergejala juga tidak digalakkan untuk menyertainya.

Menurut beliau, pengumuman kelonggaran sempena persediaan hari raya berkenaan juga dibuat bagi memastikan Keluarga Malaysia dapat menyambut perayaan berkenaan dengan meriah setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian susulan pandemik Covid-19.

“Bagi aktiviti takbir dibenarkan dibuat di masjid, surau, dan rumah ke rumah. Individu positif Covid-19 dilarang, manakala, individu bergejala tidak digalakkan.

“Solat sunat Aidilfitri dibenarkan 100 peratus dan perlu memakin pelitup muka. Amalkan wuduk di rumah, bawa sejadah sendiri serta bersurai dengan tenang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Khairy turut berkongsikan etika bersalaman dan kebersihan tangan.

“Salam dibenarkan, cuci bersih tangan dan menjaga kebersihan sendiri. Elak sentuh muka selepas bersalaman.

“Sempena hari Raya Aidilfitri ini Salam dengan selamat, bersih dan cermat,” ujarnya.

Advertisements

Selain itu menurut beliau, jamuan hari raya Aidilfitri dibenarkan dan aktiviti ziarah termasuk ziarah kubur turut diberikan kelonggaran tersebut kecuali kepada individu positif Covid-19, manakala, individu bergejala tidak digalakkan.

“Aidilfitri tahun ini merupakan rahmat untuk raikan bersama keluarga selepas dua tahun memerangi Covid-19. Jadi tanggungjawab kita untuk pastikan perayaan tak berakhir kemudaratan.

“Walaupun tidak bergejala, kemungkinan menjadi pembawa itu ada. Jadi amalkan ujian kendiri untuk memastikan ahli keluarga yang berisiko tinggi dapat dilindungi.

Malah menurut beliau, individu berisiko tinggi juga digalakkan untuk mendapatkan vaksin dos penggalak.

Semalam, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan agar aktiviti takbir Aidilfitri dari rumah ke rumah tahun ini dibenarkan di seluruh negeri.

Baginda turut memberi perkenan solat sunat Aildilfitri dilaksanakan tanpa jarak fizikal antara jemaah di semua masjid dan surau.

-EDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan