26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Haba geseran jentolak gelek mercun mungkin punca letupan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS percaya letupan berlaku di stor barang kes milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul petang semalam, berkemungkinan berpunca daripada geseran ketika jentolak menggelek barang kes iaitu mercun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mungkin berlaku sedikit pergeseran dengan tanah atau pasir yang menyebabkan haba terbentuk ketika jentolak menggelek barang kes itu.

“Apabila ia (barang kes) dikumpulkan di dalam tong roro, haba mungkin membakar secara perlahan.

“Apa pun, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur masih menyiasat punca sebenar letupan itu,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di IPD Sentul, hari ini.

Ujar Eng Lai berkenaan kejadian itu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian membabitkan stor barang kes yang terletak kira-kira dua kilometer dari IPD sentul itu jam 6.42 petang.

Baca juga:   Lelaki ceroboh bilik hotel di Kota Bharu positif dadah

“Kita bersama-sama JBPM Kuala Lumpur serta lain-lain agensi penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.

“Api berjaya dipadamkan dan dikawal sepenuhnya jam 7.04 petang,” katanya.

Dalam pada itu, Eng Lai berkata, kejadian itu menyebabkan 18 kereta dan dua lori yang juga barang kes terbakar, dengan semua kenderaan adalah barang kes berdaftar yang disimpan dalam stor terbabit.

Selain itu menurutnya, pihaknya juga menerima tujuh laporan polis berkaitan kerosakan pada rumah penduduk di kawasan sekitar.

Baca juga:   Malaysia dan Qatar setuju saling iktiraf sijil vaksinasi - PM

“Ada rumah mengalami kerosakan pada cermin tingkap dan ada yang bumbungnya pecah, namun tidak menyebabkan kecederaan kepada penghuni.

“Kejadian juga menyebabkan tiga pekerja am yang membantu pembersihan proses pelupusan cedera ringan dan masing-masing menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Eng Lai turut mengesahkan lima pegawai polis bertugas di stor terbabit dan dua pekerja am lain tidak mengalami kecederaan, manakala jumlah kerugian sebenar dialami masih belum ditafsirkan.

-EDISI9

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan