24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Stor simpanan rampasan terbakar, 50 kenderaan musnah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-KURANGNYA 50 buah kenderaan musnah dalam kejadian kebakaran membabitkan stor simpanan rampasan bahan bukti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur petang tadi.

Manakala, tiga lelaki dewasa yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan lanjut.

Menurut Komander Operasi Kanan PPgB, Ahmad Daniel Ahmad Kamal, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.22 petang dan sepasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta bantuan dari BBP Hang Tuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Wangsa Maju bersama tiga jentera FRT, 1 Jentera FLRT, 3 Water Tanker, 1 jentera ALP, dan 2 EMRS dengan kekuatan 60 orang anggota dikejarkan ke lokasi,” katanya hari ini.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian pada jam 6.32 petang berlakunya kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan rampasan bahan bukti berkeluasan 100 X 50 kaki persegi.

“30 peratus struktur bangunan dan 80 peratus kawasan terbuka yang melibatkan 50 buah kenderaan terbakar. Terdapat 3 orang mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

“Anggota bomba membuat pemadaman dengan mengunakan kaedah pemadaman secara offensive firefigthing dengan memasuki premis dan defensive firefighting pemadaman dari luar bangunan.

Advertisements

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba pada pukul 7.04 petang.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, media melaporkan butiran kejadian masih tidak dapat dipastikan namun Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan ia berlaku di tapak pelupusan mercun.

Terdahulu, di lokasi yang sama polis Sentul melupuskan sebanyak 1,059 kotak dan 35 guni mengandungi mercun serta bunga api bernilai RM4.1 juta yang diseludup masuk ke dalam negara untuk pasaran pada Aidilfitri hari ini.

Eng Lai berkata, rampasan itu dibuat Cawangan Perisikan Siasatan Khas Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dan Unit D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil serbuan di dua lokasi di Kepong, Kuala Lumpur pada 24 Mac lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan