29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

25 kes kematian AEFI tiada kaitan dos penggalak – JFK

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 25 kes Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) melibatkan kematian bukan disebabkan oleh dos penggalak Covid-19 yang diterima, lapor Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohamad Sani, keputusan itu diperoleh hasil penilaian yang dijalankan terhadap kesemua 25 laporan yang telah lengkap penyiasatan.

Beliau berkata, laporan itu sebahagian daripada 58 laporan AEFI melibatkan kematian dalam kalangan penerima vaksin dos penggalak yang diterima hingga 22 April yang memerlukan penyiasatan dan penilaian.

“Terdapat 33 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dibentangkan untuk penilaian oleh JFK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut berkata, sistem pelaporan AEFI NPRA telah menerima sebanyak 26,160 laporan AEFI vaksin COVID-19 yang perlu dinilai termasuk 1,581 laporan melibatkan penerima dos penggalak dan 324 laporan bagi penerima vaksin kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

“Kadar pelaporan AEFI melalui Sistem AEFI NPRA ini secara keseluruhannya direkodkan pada 374 laporan bagi setiap sejuta dos,” katanya.

Dr Roshayati berkata, hasil penilaian ke atas laporan yang diterima, 93 peratus atau 24,320 daripada AEFI yang dilaporkan adalah bagi kes-kes yang tidak serius.

Daripada jumlah keseluruhan laporan AEFI yang diterima, terdapat 1,840 laporan dikategorikan sebagai AEFI serius berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia merujuk kepada kesan yang menyebabkan kemasukan ke dalam wad, pemanjangan tempoh di wad, membahayakan nyawa, menyebabkan kehilangan upaya yang signifikan atau memerlukan intervensi untuk mencegah kerosakan kekal tubuh, menyebabkan kecacatan semasa lahir, atau disyaki menyebabkan kematian.

Dr Roshayati berkata, majoriti atau 93.5 peratus daripada 324 laporan AEFI melibatkan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun adalah kesan tidak serius, manakala 21 laporan dikategorikan sebagai AEFI serius. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan