31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jambatan Kedua Pulau Pinang turut tawar diskaun 30 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMEGANG konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) turut menawarkan diskaun tol sebanyak 30 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

JKSB dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, pemberian diskaun kepada semua kelas kenderaan itu akan bermula pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam 1 Mei (Ahad) ini.

Syarikat itu berkata, pemberian diskaun juga akan diberikan bermula pukul 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam 8 Mei (Ahad) ini.

“Inisiatif yang diumumkan oleh pihak Kerajaan Malaysia ini disokong oleh JKSB dalam usaha mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata kenyataan itu hari ini.

JKSB berkata, JSAHMS merupakan pilihan para pengguna keluar masuk dari atau ke bahagian pulau selain merupakan direct dual carriageway yang menghubungkan secara terus Batu Kawan kepada bahagian utama pulau dan menghubungkan Batu Kawan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang (LTAPP).

Tambahnya, sejak adanya JSAHMS, para pengguna akan sampai ke kawasan tersebut dengan lebih mudah tanpa perlu menempuh kesesakan yang serius.

“Tidak dinafikan, JSAHMS terletak lebih jauh daripada mod lintasan yang lain, tetapi jika dipertimbangkan dari segi kesenangan para pengguna, JSAHMS merupakan alternatif terbaik,” katanya. -Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan