30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kerajaan masih kekalkan subsidi haji untuk semua jemaah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BIARPUN terdapat cadangan subsidi haji diberikan kepada golongan bersasar, namun kerajaan akan mengekalkan pemberian tersebut seperti cadangan sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, cadangan kita setakat hari ini, kita masih kekal bagi bantuan haji kepada semua golongan dan akan ada formula diberi nanti.

“Kita tidak letak nama subsidi, kita namakan bantuan haji.

“Ini bukan duit kerajaan sebaliknya subsidi itu diambil daripada keuntungan penyimpan (pendeposit),” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat pihak mencadangkan supaya melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar dengan keutamaan kepada golongan B40 mengambil kira kos seorang jemaah muassasah dijangka meningkat hingga RM25,000 dan bayaran jemaah RM9,980 subsidi yang ditanggung Tabung Haji amat besar.

Advertisements

Mengulas lanjut, Idris berkata mengenai jumlah kos jemaah perlu membayarnya, ia akan diumumkan selepas mendapat kuota haji daripada kerajaan Arab Saudi.

“Insya-Allah, ia tidak membebankan jemaah dan pada masa sama, saya juga ada memohon untuk menambah bilangan kuota haji termasuk menghantar surat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan kerjasama dengan semua exco bahagian kekeluargaan di seluruh negeri bagi menangani perceraian rumah tangga di negara ini.

Beliau berkata, kolaborasi tersebut melibatkan hal kaunseling dan kursus Program Pembangunan Pengajar (TOT).

“Kita akan mengadakan satu program kepada mereka yang terlibat manakala satu lagi program melibatkan bimbingan daripada kaunselor bertauliah.

“Memang kita menanganinya bukan sahaja secara mendidik malah menghalang perkara tidak diingini berlaku,” katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan media berhubung masalah seksual yang berlaku dalam kalangan wanita antara punca kes perceraian tertinggi di Malaysia terutama di Kelantan dan Selangor. – Bernama

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan