26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Dendam, cemburu punca kes bunuh seorang lelaki di Sepang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT lelaki warga Bangladesh yang ditemukan di tepi Jalan Sepang-Salak, Sepang, Selangor semalam dipercayai dibunuh akibat dendam dan cemburu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, hasil risikan mendapati mangsa menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan mempunyai tiga orang anak.

“Pada 2020, ketika Perintah Kawalan Pergerakan suaminya balik ke negara asal dan kembali ke Malaysia pada Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, lelaki itu marah dan menceraikan isterinya apabila mengetahui wanita terbabit berkawan dengan mangsa.

“Sepupu mangsa juga mendakwa sebelum ini lelaki itu turut memarahinya kerana mangsa rapat dengan bekas isterinya,” katanya.

Mayat seorang lelaki yang ditemukan dalam keadaan mengerikan di Jalan Sepang-Salak di Sepang, Selangor.

Beliau berkata, polis turut menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia 24 hingga 50 tahun di sebuah rumah di Padang Jawa, Shah Alam pada jam 1 pagi Sabtu.

Baca juga:   Kemaluan digigit ular masa lepas hajat, remaja terima 3 jahitan

“Kita turut merampas tiga telefon bimbit dan siasatan juga mendapati salah seorang daripada mereka tidak ada dokumen pengenalan diri,” katanya.

Semalam, media melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tangannya terikat dengan wayar kabel di tepi Jalan Sepang-Salak.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditemui oleh orang awam pada jam 8.32 pagi dalam keadaan mengerikan dengan luka diperut, usus terkeluar dan tangan diikat dengan kabel

Baca juga:   USIM benarkan 70 peratus pelajar pulang ke kampus 21 Mac

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan