31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bella: Ras Adiba sokong memorandum tamat lantikan Syed Azmi

Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu adalah Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda NGO, di mana Bella ditempatkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Persatuan OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi menyokong penuh memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Perkara itu dikongsikan beliau dalam satu hantaran dalam Facebook rasminya hari ini.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Agensi Berita Nasional (Bernama) itu, perkara tersebut akan di bawa kepada perhatian terus Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang).

“Percanggahan kepentingan berkenaan berlaku apabila Penasihat MBKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pemegang Amanah YKN (Syed Azmi) juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda NGO, di mana Bella ditempatkan.

“Ini jelas menunjukkan terdapat isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest).

“Memorandum ini telah disampaikan oleh pensyarah dan aktivis kanak-kanak, Muhamad Firdaus Ibnil Hajar yang diusahakan bersama dua peguam yang juga aktivis kanak-kanak, Fatihah Jamhari dan Megat Syazlee Mokhtarum,” katanya hari ini.

Media tahun lalu melaporkan remaja yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Mahkamah pada 5 Julai tahun lalu mengeluarkan perintah menyita rumah kebajikan itu yang terletak di Jalan Kukuban, Taman Setapak, Kuala Lumpur.

Berikutan itu, Pelindung Unit Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengambil tindakan terhadap enam kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka dari rumah kebajikan itu.

Rumah kebajikan berkenaan juga didapati beroperasi secara haram sejak 2019 dan tidak berdaftar dengan JKM.

Kisah menyayat hati itu remaja OKU itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.

Bella kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan