26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kertas siasatan kes bayi maut dikembalikan kepada PDRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERTAS siasatan kes kematian seorang bayi di pusat jagaan yang dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sembilan sebelum ini dikembalikan semula dengan beberapa arahan lanjut yang perlu diambil tindakan dalam melengkapkan siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata polis mengambil masa menyiasat kes itu kerana perlu mendapatkan beberapa laporan daripada agensi berkaitan bagi memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh, adil dan saksama.

“Polis tidak pernah sesekali menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes ini yang disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip undang-undang ‘justice delayed is justice denied’,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Advertisements

Beliau berkata, polis juga mengambil maklum tentang kerisauan keluarga mangsa dan orang ramai berkaitan siasatan yang dijalankan ke atas kematian di sebuah pusat jagaan di Negeri Sembilan itu.

“Sehubungan dengan itu, polis menyeru kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberikan ruang dan masa bagi memastikan siasatan dibuat secara komprehensif dan holistik,” katanya.

Pada 22 Feb lepas, seorang bayi perempuan berusia 15 bulan meninggal dunia selepas kepalanya dipercayai tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, Seremban.-Bernama

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan