27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Agong berkenan santuni lima keluarga asnaf di Kuantan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Ramadan di Beserah, Kuantan, Pahang, hari ini.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda pada program itu berkenan meluangkan masa menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada lima keluarga asnaf di Kampung Baru Beserah, Kampung Bahagia Beserah dan Kampung Batu Hitam Beserah.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya semasa bulan Ramadan dan membantu persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda dan Pemangku Raja Pahang terhadap golongan yang memerlukan bantuan di negeri Pahang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan