26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Kes harian COVID-19 terus menurun kepada 2,478 semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes jangkitan COVID-19 terus mencatatkan penurunan dengan hanya 2,478 kes direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,433,551 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes import dilaporkan.

“Kes sembuh pula merekodkan 9,215 kes sekaligus mengatasi kes baharu harian, dengan jumlah kumulatif sebanyak 4,330,037 kes.

“Mengikut pecahan kes harian semalam, kategori satu sebanyak 928 kes (37.45 peratus), kategori dua sebanyak 1,518 kes (61.26 peratus), kategori tiga sebanyak 16 kes (0.65 kes peratus), kategori empat sebanyak 11 kes (0.44 peratus) dan kategori lima pula sebanyak lima kes (0.20 peratus).

“Dalam masa sama, daripada 32 kes kategori tiga, empat dan lima, 16 kes (50.00 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 10 kes (31.25 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan enam kes (18.75 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 18 kes (56.25 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 19 kes (59.38 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 98 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,507 kes serta sebanyak dua kes meninggal dunia di luar hospital (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,515 kes. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan