28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

48,000 stok ubat Paxlovid untuk rawat COVID-19 tiba hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. (Pharmaniaga) menerima sebanyak 48,000 stok ubat produk Paxlovid (PF-07321332 150mg Film-Coated Tablets and Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) bagi merawat jangkitan wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, penggunaan Paxlovid adalah satu lagi senjata melawan COVID-19 iaitu ubat antiviral untuk aspek rawatan COVID-19.

“Bagaimanapun ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi COVID-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam untuk mengelak dijangkiti COVID-19,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, ubat tersebut boleh diberikan segera selepas individu itu dikesan positif COVID-19.

“Dalam tempoh masa lima hari gejala bermula untuk keberkesanan optimum,” katanya.

Paxlovid sebelum ini diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi rawatan COVID-19 yang dibuat menerusi mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang 3 Mac lalu. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan