31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Pergerakan tanah, runtuhan kecil dikesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN penyelamat memaklumkan masih terdapat pergerakan dan runtuhan kecil dikesan di kawasan batu kapur di Keramat Pulai, Simpang Pulai, pada hari ketiga dekat sini.

Keadaan diburukkan lagi dengan hujan yang turun di sebelah pagi, menyebabkan berlaku takungan air di bahagian atas bukit.

Sehubungan itu, kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan, dihentikan sementara.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, operasi hari ketiga telah dimulakan pada jam 8 pagi.

“Pergerakan tanah dan runtuhan kecil masih berterusan sehingga ke saat ini.

“Pihak penyelamat masih menunggu runtuhan kecil berhenti kerana setiap pergerakan tanah adalah petanda runtuhan besar akan berlaku,”katanya lapor Astro AWANI.

Menurut jurucakap itu, penilaian semula akan dibuat jam 1 tengahari ini oleh pasukan penyelamat bagi menilai strategi dan taktikal operasi yang akan dilakukan.

Baca juga:   3 remaja pamer aksi 'superman' menunggang motosikal, ditahan

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi Selasa, dua pekerja berjaya menyelamatkan diri manakala dua masih hilang, dikhuatiri tertimbus.

Mangsa yang dipercayai masih tertimbus, dikenali sebagai Kheow Loo Siew Soon, 49, dan Itam Lasoh, 43.

Dua lagi mangsa, Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami patah kaki dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan manakala rakannya Pan Bah Tam, 38, mengalami cedera ringan.

Wartawan

Terkini

TMJ nafi keluar kenyataan dakwa UMNO parti sampah

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh mana-mana pemimpin parti politik...

Lagi Artikel Berkaitan