27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

RKMAT di beberapa lokasi sedia diduduki dalam masa terdekat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RUMAH Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di beberapa lokasi sedia diduduki dalam masa terdekat demi kebajikan anggota tentera dan ahli keluarga mereka.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, 305 unit RKMAT pelbagai kelas telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dan akan mula diduduki dalam masa terdekat.

“Syukur alhamdulillah, hari yang bermakna untuk warga 4 Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kem Segamat, Johor.

“Selari dengan tekad Kerajaan untuk sediakan rumah yang selesa dan selamat kepada warga Angkatan Tentera Malaysia, kompleks perumahan ini turut dilengkapi kemudahan surau untuk 300 jemaah, dewan untuk 800 tetamu, tadika dan taska serta kompleks sukan.

“InsyaAllah, ada beberapa lagi RKMAT di pelbagai lokasi turut sedia diduduki dalam masa terdekat,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sebelum itu, Hishammuddin berkata, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad melawat rumah Koperal Azrin Nordin dan Lans Koperal Galearry Anak Matthew semalam.

“Tahniah kepada yang terpilih duduki rumah kuarters baharu ini. Saya tumpang gembira. Insya-Allah banyak lagi bakal menyusul.

“Kemudahan baharu, serba lengkap, kondusif serta banyak kemudahan berkenaan. RKMAT ini khusus untuk warga Angkatan Tentera Malaysia di Kem Segamat,” katanya.

Untuk rekod, Rancangan Pembinaan RKMAT Pelbagai Kelas di Kem Segamat telah dirancang oleh Kementerian Pertahanan pada tahun 2018 melibatkan peruntukan sebanyak RM 147.7 juta.

Kerja-kerja pembinaan RKMAT Kem Segamat di atas tanah berkeluasan 20.125 ekar bermula pada 24 April 2018 dan siap sepenuhnya pada 5 Mac 2022.

Sehingga kini sebanyak 4600 RKMAT telah diduduki oleh pegawai dan anggota tentera.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan