32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

SPR isytihar BN menang, bentuk kerajaan di Johor

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan keputusan rasmi dengan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas memperoleh 40 kerusi

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media khas kira-kira pukul 12.30 pagi di Bilik Gerakan SPR di Johor Bahru.

Dengan jumlah kerusi dimenangi bermakna BN akan membentuk kerajaan negeri Johor yang baharu dengan majoriti lebih daripada dua pertiga kerusi.

Dalam PRN Johor, Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP dan Amanah mendapat 11 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi sementara PKR dan Parti Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing memperoleh satu kerusi.

Beliau berkata, seramai 1,426,573 atau 54.92 peratus daripada keseluruhan pengundi menunaikan tanggung jawab masing-masing yang meliputi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.

Abdul Ghani sebelum itu telah mengumumkan kemenangan BN dalam PRN Johor selepas mendapat majoriti melebihi 50 peratus jumlah kerusi yang dipertandingkan pada pukul 11.05 malam tadi.

“Bagi keseluruhan pengundian sehingga jam 11.05 malam, Barisan Nasional (BN) telah memenangi sejumlah 29 kerusi daripada 56 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini telah berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya

Antara yang meraih kemenangan besar ialah Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang mempertahankan kerusi Benut yang mendapat majoriti 5,859 undi.

Hasni memperoleh 10,896 undi menewaskan calon PN, Datuk Isa Ab Hamid yang mendapat 5,037 undi, Haniff Ghazali Hosman (PKR) dengan 1,200 serta Iskandar Noor Ibrahim daripada Pejuang yang hilang deposit selepas hanya mendapat 139 undi.

Keputusan lengkap PRN Johor boleh diperoleh menerusi laman web SPR di www.spr.govmy. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan