25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Jangan sampai rakyat menyesal pilih BN – Najib

Mesti Baca

CALON-CALON Barisan Nasional (BN) yang meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dinasihat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-baiknya dan jangan sampai rakyat menyesal memilih parti itu.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, untuk itu mereka yang dipilih jangan sampai mengabaikan tanggungjawab masing-masing terutama kepada rakyat.

Beliau berkata, mereka juga perlu membuktikan kepada rakyat Johor bahawa keputusan memilih BN sebagai kerajaan adalah bijak dan tepat.

“Dalam kita meraikan kemenangan manis ini, perlu diingat tanggungjawab yang patut dipikul dan kita laksanakan sebaik-baiknya supaya rakyat tidak menyesal menyokong BN.

“Ingat, kalau jangka hayat PH (Pakatan Harapan) 22 bulan, PN (Perikatan Nasional) 17 bulan, mandat ini biarlah untuk tempoh masa agak panjang supaya kita boleh buktikan bahawa keputusan mereka memilih BN adalah bijak dan tepat,” katanya dalam siaran langsung menerusi Facebook BN Comm malam ini.

Ketika ditanya strategi parti-parti lawan terutama PN dan Pejuang yang menyerang beliau secara peribadi, Najib berkata, parti-parti tersebut nyata tidak belajar daripada PRN Melaka dan pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini.

Ini kerana, jelas beliau, rakyat sebenarnya mahu melihat politik yang beradab dan sopan diamalkan oleh para pemimpin mereka, apatah lagi daripada bekas-bekas perdana menteri.

Baca juga:   RM393 bilion perkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim

“Saya dah kata saya sanggup jadi punching bag sebab saya tahu strategi mereka akan back fire dan merugikan mereka.

Baca juga:   Syed Saddiq bayangkan tak sertai Pejuang, tubuh pergerakan belia

“Pengundi biasa tidak suka politik macam itu. Pada mereka biarlah politik beradab, bersopan apalagi bekas perdana menteri. Kita keluarkan kata-kata mengaibkan orang lain, itu mereka tidak boleh terima,” katanya.

Mengenai kemenangan besar BN, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sebenarnya sudah dapat menjangkakannya setelah melihat sambutan yang diberikan masyarakat di seluruh negeri Johor sepanjang kempen berlangsung.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu menyatakan terlalu awal kerana bimbang apa yang dirasakan di dalam hati tidak berlaku, selain bimbang dianggap riak.

“Dari segi politik, salah satu kayu pengukur menang kalah, menang besar, menang tipis adalah berdasarkan sambutan yang diberikan rakyat.

“Dalam keadaan SOP (prosedur operasi standard), yang datang sambut kita lebih ramai dan cara mereka sambut kita bersemangat dan luar jangka,” katanya.

Mengenai populariti ‘bossku’ yang dianggap antara penyumbang kemenangan BN, Najib berkata, ada kemungkinan kerana rakyat masih mengenang zaman beliau menjadi perdana menteri.

“Zaman saya rakyat senang, penianga senang, ekonomi berkembang, ada strategi atau kepastian tentang hala tuju negara,” katanya.

Sehingga 10 malam ini, keputusan tidak rasmi menyaksikan BN bakal mentadbir kerajaan Johor dengan kemenangan lebih dua pertiga majoriti.

Baca juga:   Sungai Semenyih dicemar bau seperti bangkai, 300,000 terjejas

Sehingga kini BN menguasai 41 kerusi berbanding parti lawan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Perkeso lancar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Sabtu ini

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal menyempurnakan pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di...

Lagi Artikel Berkaitan