25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM ucap tahniah atas kemenangan BN di Johor

Ini merupakan kemenangan kedua BN sejak negara di bawah pimpinan beliau selaku Perdana Menteri

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan BN.

“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam PRN Johor.

“Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan BN.

“Masa untuk Kestabilan Masa Depan rakyat Johor,” katanya menerusi ciapan di twitternya lewat malam tadi.

Ini merupakan kemenangan kedua BN sejak negara di bawah pimpinan beliau selaku Perdana Menteri bermula dengan PRN Melaka yang dimenangi BN dengan 21 daripada 28 kerusi.

Manakala dalam PRN Johor pula, BN mengungguli dengan 40 kerusi daripada 56 kerusi yang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keyakinan untuk menang sudah dilaungkan lebih awal oleh Perdana Menteri, yang turut turun berkempen dalam PRN Johor sejak gelanggang pilihan raya dibuka pada 26 Februari lalu.

Advertisements

Malah semasa pengundian hari ini pun beliau dengan memakai kemeja BN turun padang dengan meninjau kelancaran proses pengundian di Pusat-pusat Daerah Mengundi (PDM) dan memberi semangat kepada calon-calon BN yang bertanding.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menaruh keyakinan itu berdasarkan kekuatan jentera parti yang telah bersiap siaga untuk memastikan kemenangan BN demi kestabilan rakyat dan negeri Johor.

Dalam tempoh berkempen, banyak program Pusat yang dilaksanakan di Johor yang membabitkan Perdana Menteri, termasuk Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Konsep Keluarga Malaysia tidak boleh dinafikan telah memberi keyakinan kepada rakyat Johor, khususnya dalam usaha membawa kestabilan dalam politik negara.

Konsep Keluarga Malaysia itu cukup kuat membuktikan kerajaan yang beliau pimpin hari ini mengutamakan kebajikan rakyat, sekaligus mampu meyakinkan pengundi di Johor untuk memberi mandat kepada BN.

Hari ini kita lihat kerajaan di peringkat Persekutuan turut stabil selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), malah Yang di-Pertuan Agong turut dalam titah ketika merasmikan pembukaan Dewan Rakyat turut berpuas hati dengan kestabilan politik di bawah pentadbiran Ismail Sabri.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad turut mengakui bahawa gagasan Keluarga Malaysia telah disambut baik oleh seluruh rakyat di negeri itu kerana mengetengahkan tiga teras utama bagi membawa kemakmuran, memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan