25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

BN menang, jangan lupa peranan Perdana Menteri

Dalam dua PRN, jelas membuktikan bahawa rakyat mulai menerima semula BN atas kepimpinan Ismail Sabri dan dasar-dasarnya

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

RAMAI yang melihat kemenangan bergaya Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana sokongan rakyat terhadap pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

Namun, mereka tidak melihat bahawa kembalinya keyakinan rakyat terhadap BN juga kerana peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malahan sudah dua kali kemenangan bergaya BN dicatatkan sepanjang Naib Presiden UMNO itu menerajui negara, termasuk kemenangan besar BN di Melaka.

Dalam dua PRN, jelas membuktikan bahawa rakyat mulai menerima semula BN atas kepimpinan Ismail Sabri dan dasar-dasarnya yang membela rakyat, secara tidak langsung memberi impak kemenangan BN di Johor dan Melaka.

Pendekatan Keluarga Malaysia telah mengeratkan lagi perpaduan, suasana harmoni dan kestabilan antara kaum di negara ini.

Menerusi pendekatan itu juga, kebajikan dan keperluan rakyat menjadi keutamaan Ahli Parlimen Bera itu antaranya soal pekerjaan rakyat, kestabilan harga barang dan membina kembali kehidupan rakyat selepas pandemik COVID-19.

Ismail Sabri mempermudahkan bantuan kepada mangsa banjir, mempermudahkan urusan untuk pembeli rumah, tanpa slip gaji pun boleh memiliki rumah.

Apa yang lebih penting, sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, kadar pengangguran di Malaysia telah berjaya dikurangkan dengan banyak sekali.

Sehinggakan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah kontang isu apabila banyak masalah rakyat telah berjaya diatasi di peringkat kerajaan Pusat oleh Perdana Menteri.

Tiada isu besar berjaya dimainkan sama ada oleh pihak PH, MUDA, Pejuang dan lain-lain parti yang bertanding, melainkan menggunakan serangan bersifat peribadi terhadap pemimpin tertentu.

Jaminan bahawa tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKR), boleh berhari raya dengan bebas menjelang Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi antara keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Pusat yang diwakili oleh pemimpin BN.

Pembukaan sempadan negara dan pengumuman fasa peralihan endemik mulai 1 April merupakan antara keputusan yang ditunggu-tunggu, apatah lagi lebih 200,000 rakyat negeri kini sedang bekerja di Singapura.

Justeru, pengumuman pembukaan sempadan negara merupakan bonus besar oleh Ismail Sabri untuk pengundi Johor.

Terima kasih Perdana Menteri. Rakyat tahu apabila seorang Perdana Menteri itu datangnya daripada BN, nescaya banyak manfaat yang diperolehi rakyat.

Sebab itulah rakyat mahu kerajaan negeri yang selari di peringkat negeri dan Pusat, agar banyak dasar yang baik untuk rakyat dapat dilaksanakan.

Dan itu dibuktikan oleh para pengundi dan rakyat di Melaka dan Johor.

PENGUNDI PUTIH
Johor Bahru

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan