26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

BN cadang nama Hasni calon tunggal MB

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad akan dicadangkan sebagai calon tunggal Menteri Besar untuk mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pencalonan sedemikian bertujuan memberi ruang kepada kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan jaminan terhadap pelbagai usaha pembangunan yang ingin dirintis.

“Saya akan mengemukakan nama Hasni agar mendapat perkenan Tuanku dan boleh meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Johor.

“Ikhtiar BN Johor akan dilaksanakan dan kami sebagai kepemimpinan pusat, akan terus membantu Hasni untuk melaksanakan semua ikrar atau ikhtiar ini dengan secepat mungkin, bermula dengan Belanjawan Johor 2023.

“Kepada seluruh pengundi Johor, bagi pihak BN, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi, tetapi jangan lupa untuk mengundi BN pada PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) akan datang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat UMNO Johor, Johor Bahru lewat malam tadi.

Untuk rekod, ia merupakan kemenangan kedua BN sejak negara di bawah pimpinan beliau selaku Perdana Menteri bermula dengan PRN Melaka yang dimenangi BN dengan 21 daripada 28 kerusi.

Advertisements

Manakala dalam PRN Johor pula, BN mengungguli dengan 40 kerusi daripada 56 kerusi yang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pasca pengumuman SPR, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berharap suara rakyat Johor yang dilihat kembali memberi sokongan kepada BN untuk menerajui pentadbiran negeri akhirnya tidak mengundang sebarang kekecewaan kepada baginda.

“Saya menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Ibrahim Iskandar, atas perkenan Tuanku untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Semoga kejayaan ini tidak akan mengecewakan Tuanku untuk BN mewujudkan kerajaan yang stabil di Johor,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan