26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

PRN Johor : 42 kompaun dikeluarkan KKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 42 kompaun dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu sejumlah 13 kompaun sudah dijelaskan oleh pesalah dengan nilai keseluruhan RM13,000.

“Secara keseluruhan, kita mengeluarkan 44 kompaun, namun dua dibatalkan, manakala yang sudah dibayar 13 serta baki 29 lagi belum dibayar.

“Kalau ada mana-mana kesilapan kita akan batalkan (kompaun) ,” katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Muar hari ini, lapor BH Online.

Khairy berkata, pada masa sama kementerian itu turut mengeluarkan lima kompaun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan SOP.

“Namun hanya satu kompaun yang sudah diserahkan kepada Ahli Parlimen Pekan itu pada Selasa lalu.

“KKM akan menyerahkan sendiri empat lagi kompaun kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu nanti,” katanya.

Baca juga:   Kes tampar, dirujuk ke Unit Tatatertib dan Integriti KPM - Fadhlina

Khairy memaklumkan semua pegawai penguat kuasa KKM menggunakan budi bicara dahulu sebelum mengeluarkan kompaun dengan memastikan penjarakan adalah munasabah.

“Ini kerana kita memahami adalah sukar untuk mengekalkan penjarakan satu meter sepanjang tempoh berkempen.

“Jadi calon dari semua parti bertanding diminta untuk kekal mematuhi SOP khususnya penjagaan jarak ketika berceramah dan program menemui pengundi.

“Kita faham susah, sebab itu saya maklum kepada pegawai saya supaya menggunakan budi bicara dengan memastikan penjarakan yang munasabah.

Baca juga:   1,668 jujukan genome dijalankan, kes 409 VOC

“Pematuhan itu sehingga kini boleh tahan dan saya harap ia akan kekal hingga hari mengundi… ini kerana yang penting kita mahu pengundi keluar mengundi dan rasa selamat ketika menjalankan tanggungjawab itu,” katanya.

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan